Ahad, 26 April 2009

ketam

aku sedang menghirup
udara yang bercampur nikotin
yang meresap ke dalam darahku
ke dalam-dalam yang ntah ke dalam mana lagi
terasa di otak ..amat menenangkan
walau pun sebenarnya aku tenang
cuma ingin menikmati nya
nikmat sebatang rokok
yang pernah kau kata ..
akan membunuhmu
seperti membakar duitmu
aku tak kisah ..
kau cuma kisah atau ingin berkisah
dengan ku
sedangkan dirimu
berdarah air kencing iblis
yang kau banggakan
tiap tiap malam
layakkah kau memberi pedoman?
cermin lah dirimu dulu ..
sebelum
kau menghadapkan
cermin itu
kepada ku

Rabu, 15 April 2009

Awan yang kelabu

Aku mendongak ke langit,menatap tak berkelip kelip akan benda yang seakan kapas,pandangan ku silau d sebalik matahari yang terselindung ,kemudian awan itu berarak dri satu tempat pada sesaat yang lalu kepada sesuatu tempat ketika ini,leher ku kemudian sengal,letih ,mendongak k bawah ada bumi yang usang,tanah yang tercemar .rumput yang tak sesegar ,setulen dulu,aku sedar ,bumi sudah tua ,bumi sudah letih ,hanya menunggu waktu langit itu merempap dirinya

Sungai yang kabut

Aku duduk,melihat air sungai yg mengalir ke muara,air yg kabut,yg pandangan tak bisa d tembusi ,untuk melihat apa rahsia d dlmnya,mungkin ada ikan sedang bercanda,mungkin ada ikan yg brjuang untuk hidup ,mungkin ada ikan sedang berenang ,menentang arus dunia nya,atau makhluk lain ,hidup d dunianya,atau sang buaya ingin mencari mangsa atau daratan baru ,kerana sudah bosan dengan ,hidup d dlm air yang tercemar oleh kealpahan makhluk darat ,brnama manusia ,membiar kn sang ikan terpaksa terus hidup d dalam air yang penuh dengan seribu rahsia

Malaikatku

Arjuna ..
kau telah jatuh cinta ..jatuh hati pada seorang bidadari
yang sering aku katakn merujuk dirimu
tiada yang lain selain dirimu
yang sering ku rujuk hanya kamu
bidadari,malaikat yang ku selalu kata kan
tercantek di lubuk hatiku
terindah di mataku
terbaik .... untuk pancainderaku
haruman syurga adalah milikmu
syurga yang hanya bertapak di duniaku
sekali untuk seumur hidup
kerana kau telah mengizinkan
aku merasakan
nikmat sebuah cinta sejati
yang hanya hadir
dari hati yang tak pernah keras
walaupun hatiku pernah beku...
kau telah cairkan
dengan kehangatan auramu
yang menemani
berjuta saat .. berjuta minit
yang tanpamu
aku terasa asing ..
hadirmu
sebuah makna yang telah tertulis
cuma ...
menunggu saat ..
bersamamu hingga ke syurga yang abadi

Satu Ketika

hati ku sunyi lagi
mendengar nada yang sayup
irama yang termenung
melodi yang sayu..
ketika air turun dari langit
titik demi titik
berjuta titik yang
berasid ,
bukan lagi sekadar membasahi
bukan lagi sekadar menyejukkan
kali ini...
lebih kepada
membersihkan
menghanyutkan
kekotoran yang telah lama terbiar
di jalan-jalan yang ternoda...
simpang-simpang yang bercabang
longkang-longkang yang tersumbat
oleh ...
dosa-dosa,kealpahan ,
jasad-jasad bernyawa yang sering berjalan-jalan
di atas bumi yang
pernah terpelihara
dan kini terbiar tercuai
d mana pada satu ketika
jasad-jasad itu
lupa dan terus lupa
dosa dan pahala
halal atau haram
arak atau kopi
perempuan atau pondan
semua seolah buta mata
buta hati
melihat atau memikir
adakah itu lelaki sejati
adakah itu perempuan tulen
dan
kau terus tertanya-tanya
\
sambil kau terus merentasi
jalan yang kini menjadi kolam
yang besar
berlumpur .......