Rabu, 13 Ogos 2008

Egoustatik

Egoistatik

Kau tahu kau ego
tapi tak pernah kau sedar
kerana itu sudah ada dalam darah mu
yang merah kehitaman
dengan kesombongan mu
akan pangkatmu ..
akan darjatmu
bila nyawa berpisah dari badan..
mungkin baru kau sedar...
atau mungkin jua kau mseh tak sedar
kerana ..mungkin
egomu sampai mati

Aku bisa mendengar kata-katamu
yang memilih bulu dan kulit
kau membahaskan semua kebenaran mu
semua orang mendengar kata2 mu
tiada pun yang akan membantah
kerana ...
tiada guna membantah
tiada guna ..
menentang singa lapar
kerana kau bisa mencakar...
darjat kami
mungkin nanti
akan datang satu masa ...
kau sedar semua itu
bahawa ...
semua itu akan berakhir
dan kau akan
seperti singa tua .. menunggu mati

Tiada ulasan: